si bijak

Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Wednesday, October 28, 2009

cuti-cuti ke kuala lumpur

rindu sangat bila sudah lama tak jenguk blog nie
hari ni ada peluang sebab encik suamiku yang terchenta ada kursus di Berjaya Times Square
tapi kami menginap di Hotel Vistana

uh, apa nak buat ni, KL bukan tempat tanah darah aku nie, memerap kat hotel ajela nampaknye
(ceh, tanah tumpah darah kat Johor tu pun aku tak pass berjalan-jalan....wuwu)

takpela kejap lagi bawak Rafiq menjelajah naik turun lif...


ape ye perkembangan aku selama menyepikan diri nie?
mari tengok kot-kot ada yang terlepas update dari aku kerrr....

1. kandungan aku dah berusia 28 minggu++...

2. berat aku pada minggu ke-26 ialah 54kg....oleh itu cik misi suruh buat MGTT...katanya berat aku naik mendadak....(oh ye, for info, last aku check bulan Julai berat aku ialah 48.5kg....)
keputusan MGTT sgtlah tak menyeronokkan....aku terpaksa buat ujian darah 4 kali sehari minggu depan, dan buat follow up dgn doktor minggu berikutnya.....

3. aku dah jadi suri rumah sepenuh masa. aku cuba untuk sesuaikan diri aku dengan keadaaan baru nie sebab dah biasa bekerja.

4. tiap petang kalau tak malas, (biasanya memang rajin), kena bawa Rafiq jalan-jalan kaki ke taman permainan, atau bermalas-malasan bawa kereta pusing taman perumahan tempat aku tinggal. siapa mahu teman aku hirup udara Selat Melaka? marilah, aku silakan kamu teman aku....boleh borak-borak dan tolong kejar Rafiq yang aktif....

itu ajelah, aku pun takde mood nak menulis sekarang ni, nak melayan Rafiq tengok pemandangan luar hotel lagi, nak kejar-kejar dia keliling bilik lagi....

Friday, August 21, 2009

ramadhan & kebahagiaan

kalaulah boleh saya ungkapkan perasaan ini secara fizikal.
yang kelihatan adalah bunga berwarna-warni yang berterbangan
dan cahaya yang berseri-seri menyinari hati saya saat ini....

kenapa?
sebab saya akan pulang ke kampung halaman menyambut ramadhan.
jadi hati saya berbunga riang!!!!!!!!!!!!!!!!!!
suami saya akan sambut puasa nun di tengah lautan. selamat berpuasa, ye abang....
jadi saya sangat sedih menghabiskan masa seorang diri di perantauan.
(macamla aku nie dok jauh sgt dari kampung ek?)

bapak saya rela hati mahu jemput saya!!!!!!!!!!!!!

yihuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~

Rafiq, mari kita balik kampung!!!

selamat berpuasa semua orang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu rahmat kepada kalian....=)

Friday, August 7, 2009

manusia bertopeng di mana-mana

topeng muka

saya dan rakan-rakan dah mula pakai topeng muka sejak semalam.
pertama, sebab aktiviti blasting giat dijalankan di kilang saya nie. perit sungguh tekak dan hidung.
kedua, penularan H1N1 semakin membimbangkan di Melaka nie.jadi, semua staff digalakkan memakai topeng muka. terbaru, bayi lelaki officemate saya disahkan positif. dan akak tersebut sekeluarga demam berlarutan, dan dah seminggu dikuarantin sehingga sekarang.
ketiga, jerebu la pulak hari ini.....kelmarin suami saya baru je beritahu kat Labuan jerebu teruk....tapi hari ni kat area saya pulak......berkali-kali dia nasihatkan saya supaya jaga diri, pakai topeng, jauhi tempat awam dan sesak, bla, bla, bla..................
"Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah, dari bala dan wabak. Sesunggunya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..."



Friday, July 17, 2009

harta karun

"kenapalah ada orang nak dengki kat abang nie, abang bukan ada apa-apa harta....abang cuma ada Aza dan Rafiq aje...." katanya....

dan kenapa aku begitu sayu dengar kata-kata itu?
oh-oh...mood jiwang kembali...

15 Julai 2009, hari jadi suami saya yang ke 29 tahun.
saya cuma mampu sedekah Al-Fatihah saja... =)
takde masa nak buat kad hari jadi macam dulu.
saya rindu zaman-zaman kreatif inovatif...hahaha...
boleh release tension di samping menyukakan hati si penerima...

tunggu Rafiq besar sikit, saya ajar dia suka buat kad macam saya, haha...

Monday, July 13, 2009

tekakku... tekakku jua

dah lama tak update
aku pun takde idea apa nak dikongsi
tapi kali ni aku nak kongsi tabiat aku ketika ini
tabiat ibu mengandung anak kedua..=)

kali ni aku tak mabuk langsung
sangat suka makan dan sangat suka masak
tiap-tiap hari aku akan bercerita topik "menu hari ini" dengan Kak Ita
Kak Ita, officemate aku, orang Terengganu, jadi topik menu kami lebih bervariasi
dia akan kongsi kesedapan menu Terengganu
dan aku akan kongsi selera Johor aku
dan terselit gak le menu negeri Melaka tempat kami cari makan ni..haha

suatu hari, Kak Ita cerita tentang bebola ikan Terengganu
maka aku yang bernafsu makan besar ketika ini begitu teruja mendengar
korang tengok sini untuk cara-cara buat bebola, okeh!!
aku guna ikan kembung besar
huhu, untuk first timer macam aku, aku rasa sangat rumit nak buat...
tapi, bolehla dikatakan berjaya sebab menjadik le bebolanya...=)
dan Rafiq pun teruja tengok mak dia ni menumbuk ikan,
dia tak boleh tahan diri, tolong tumbuk jugak....
ya ampuuunnnn....melekat bau hanyir kat Rafiq nih!!!

dan sampai sekarang senarai makanan idaman masih panjang.....
dan menjadi masalah negara, tekak aku nie tak mahu pulak pergi cari kat kedai makan....
semua yang aku teringin, aku cuba sendiri....
nak tahu, akulah orang Johor yang tak reti buat laksa Johor
tadi aku google resepi, dan aku berkira-kira nak buat masa adik aku datang sini
boleh dia tolong-tolong....
Cik Tt, bersedialah kau untuk kubuli di dapur...!!! Gagagaga....

oh ye, lagi satu...
aku kan sudah sekian lama mengidam mee siam kuah
aku dulu selalu makan masa kat sekolah Johor Jaya
makcik kantin tu masak sangat sedap aku rasa
dan aku sentiasa teringat-ingat kesedapan mee tersebut
al-kisahnya aku sejak dulu google resepi nya tapi tak pernah jumpa
dan aku pernah beritahu nana, sekali
dan dia forward resepi tersebut
aku yang lalai ni telah hilangkan resepinya, ampunlah...
kelmarin officemate aku, Zura telah beritahu nama sebenar makanan tersebut
mee siam rupanya....huhu....
aku dengan muka tak malu request mak Zura,
yang berasal dari Singapura untuk masak mee tersebut
in case aku first attempt aku tak jadik la kan....hehe

huh, cerita makan lagi!!!!
kasihan juga pada Kak Ita, agaknya dia mahu berdiet
tapi aku setiap hari pengaruhi dia dengan menu-menu yang tak sanggup didengar...hahaha

p/s: cik misi nasihat aku suruh makan makanan berkhasiat, katanya first baby aku agak besar, jadiknya aku harus hati-hati, kang kena buat MGTT, kang...aiyakkkk...(ha, google sendirik MGTT ni mende ape)