Sunday, January 15, 2012

Sekolah oh sekolah

Dah nak dekat setengah bulan tak update blog.
Sombong betul diriku ini.
Malah tak berkunjung ke blog sesiapapun.
Salahkan mood yang mengada-ngada.

Macamlah tengah morning sickness sampai tak boleh bukak blog.

Sekarang aku dah bizi dengan rutin baru pepagi kena bangun sebelum subuh sebab nak kena buat persiapan untuk anak sekolah.

Nak tahu, dua hari pertama je Rafiq rela hati sekolah. Hari-hari berikutnya terus takde motivasi pagi mau ke sekolah.

Bila dikejut nak sambung tidur lagi katanya.
Yang aku pelik hujung minggu time aku nak sambung buat taik mata, segar pulak mata kau subuh-subuh suruh aku bangun. Adoyai.

Haduila,mak engkau pelajar contohla masa tabika kemas dulu. Kahkah.

Baiklah, hati aku pun mulala gundah gulana kan bila anak bujang nan seorang buat hal sebegitu rupa.

Pepagi buta mana boleh marah nanti membawa duka hingga ke petang malah ke malam.
Eh aku pepandai padahal mana la boleh marah-marah sesukati pun bebila masa.

Tiap hari Rafiq akan kata,
"mama tolonglah teman abang sekolah ma."
Ataupun, pilihan kedua.
"mama, suruhlah adik sekolah dengan abang sekali"

Masuk hari Jumaat lepas berlakulah keajaiban.

Nur Imanina yang baru genap 2 tahun pada 24 Disember lepas bangun pagi-pagi dengan segar bugar.

"mama, adik nak ikot abang ma, adik nak ajo gekkkkk. Adik nak olah gekkkk.."

(mama, adik nak ikut abang ma, adik nak belajar jugak, adik nak sekolah jugak)

Maka bersiap-siaplah si anak dara dengan beg kecil (orang isi buku kau isi diapers dalam beg sekolah, kehkeh).

Rafiq automatik berubah mood tidak gembira kepada gembira gila.
Sepanjang dalam perjalanan senyum ke telinga. Oh oh.

Terima kasihlah kepada adik beliau penyeri sekelian alam.

Esok lusa tulat langkat dan hari-hari berikutnya Imanina akan ikut bersekolah.
Sekolah menyibuk jekla.
Sila claim tambahan yuran bulalan kepada encik ayah kamu ye anak.

4 orang banyak idea:

msredcheesecake said...

Manja abg nya ni.... Hheee

aimaniman said...

salam kenal

anak akak pon sama, minggu pertama je semangat gila, masuk minggu kedua, sembab2 mata menangis x mo pergi, tp kuasa veto mama dia, tetap paksa si anak pergi sekolah sbb no way mama kalah dengan kakak bab sekolah2 nie,.. mama bukan dera kakak tau, mama nak kakak jd anak yg pandai, insyaallah...

liza hasliza said...

Kak Aza, akak antar anak akak kt tadika mane?kt tmpt lama ke tmpt baru?

YAYA AZURA said...

rafiq tak nak jauh dengan adik....
sweet pulak rafiq nie..hehe